SD Terima Kasih kepada yang sudi menjengok, membaca, melihat, mengomen, menyepam dan sebagainya. Semoga anda mendapat manfaat, ilmu, kesedaran dan pelbagai kebaikan sewaktu melayari blog yang saya hasilkan ni.. Jangan lupa tinggalkan jejak anda do bistari@SPAM di sudut kanan menu.

03 April 2009

Di pagi Jumaat

. 03 April 2009


Tersedar ku dari tidur yang lena pabila anak tekak sahabat serumahku mengeluarkan suatu nada yang tinggi yg mengatakan "Bangun, bos dah on the way ke office". Waktu itu jam di dinding menunjukkan lebih pada angka 8 jarum pendeknya dan melebihi angka 6 jarum panjangnya. Oh, aku sudah lewat. Hanyut dek karena terjaga awal pagi tadi dalam lingkungan 4 pagi karena diganggu oleh bunyi-bunyi halus yang entah dari mana hadirnya. Bergegas ku bersiap agar tidak terlalu lewat tiba di pejabatku. Ku lihat sahabtku hanya mengambil masa kurang 5minit beradu di bilik mandi. Wah, pantasnya! Mandikah atau koboikah? Cuma berdetik di dalam hati ku karena aku sendiri belum mandi lagi.

Giliranku pula sekarang. Ku lihat jam sudah mendekati jam 9. Ah, biarkan sahaja. Sudah lewat apakan daya. Lantas ku panaskan enjin mobil tayar empatku agar lancar perjalanan di waktu kelewatan ini. Ku lihat seorang sahabatku lagi telah keluar menuju ke pejabat. Wah, sungguh pantas-pantas belaka hari ini. Ia la, tidak pernah bos ku sampai ke pejabat sepantas ini. Masing-masing takut dileteri oleh bos ku yang memang jikalau dia bersuara sudah tentu peti suaranya tidak akan berhenti-henti mngeluarkan kata pedas yang air pun tidak akan mampu menghilangkan rasanya.

Lantas ku sarungkan kameja dan seluar, mengelip tali pingangku agar kemas dan segak. Kulihat sahabatku yang dari tadi menungguku untuk bergerak dahulu karena mobilku menghalang laluan mobilnya untuk keluar. Sabar ya sahabat, sebentar lagi ku akan mengundur diri. Pantas ku masukkan komputer riba ku ke dalam beg galas yang dipenuhi dengan kertas hasil kerja ku ditambah dengan pelbagai anasir yang aku sendiri tidak pasti bertujuan untuk apa.

Vroom! Aku menuju ke pejabat bersama dengan mobilku. Selamba, bersahaja walaupun ku sedar sudah lewat waktunya. Klik! Tanganku menyentuh butang yang bertulis "SRC" untuk menghidupkan radio yang berjenama Pioneer. Ah! Apa saja leteran si Farah Fauzana ini. Hot fm. itulah siaran yang selalu ku dengari. Tetapi kali ini kurang kudengari karena angin yang kuat memasuki dari arah tingkapku yang mngakibatkan telingaku kurang untuk menangkap apa yang disampaikan.

Setibanya di Cyberjaya ku tidak terus ke pejabat walaupun jam sudah menunjukkan jam 9.20. Ku singgah sebentar di Stesyen Petronas untuk membeli sedikit kudapan agar dapt ku isikan perutku yang dari awal pagi tadi berkeroncong menyanyikan dendangan yang kurang sedap di dengar. Tweggies & Nescafe dalam tin ku beli untuk mengalas sedikit menunggu santapan tengah hari.

Jam 9.32 ku tiba di pintu pejabatku. Apakah alasanku sekiranya si wanita yang memiliki syarikat ini bertanyakan kepada ku di atas kelewtanku pada hari penghulu segala hari ini. Creeek! Pintu dibuka. Dengan pantas aku menuju ke tempat dudukku yang bersepah dengan dokumen-dokumen kerja. Ku lihat tiada apa-apa petanda yang menunjukkan wanita itu akan bersuara. Ah, lega rasanya. Nasib baik pagi ini telingaku tidak di simbah dengan ayat-ayat yang cukup untuk menggugurkan tahi telingaku. Tetapi tidak ku tahu jikalau ia di pinda ke mesyuarat di petang ini. Oh! Tidak-tidak. Ku harapkan tidaklah di bawa ke petang.

Laptop ku buka dan ku buat kerja yang entah bila akan siap. Lembab pula untuk membuka applikasi Visual Studio 2005 ini. Tap! Ku buka pula Mozilla Firefox. Kulayari internet untuk menghilangkan rasa boring. Dan akhir sekali ku tuliskan blog ini mengisi masa lapang yang sebenarnya tiada istilah lapang. Di curi agar otakku tidaklah begitu tertekan dek karena kerja.

Sadakallahhulazim...

2 kata-kata:

anarm said...

sungguh sempoi pagi jumaat mu wahai sahabat..

-Ring 0- said...

inilah dirku.. sentiasa bersahaja..

Post a Comment

Syarat-syarat nak komen
=============================
1. Jangan ade perkataan mencarut,kotor dan seangkatan dgnnye
2. Jangan komen bende yg melibatkan perkauman, politik dan seangkatan dengannye
3. Boleh komen seberape byk yg boleh dterima oleh bolgger
4. jgn pandang belakang..hahaha

Thanx pada yg tinggalkan komen

bistari@singgahsana